Kota Kinabalu – Pada 3 Februari 2011 yang lepas, Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) dengan kerjasama Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Cawangan Kota Kinabalu telah mengadakan Perkelahan dan Konvoi Tarbawi. Program ini diadakan bersama-sama dengan Ustaz Mohd Azizee b. Hasan wakil dari ISMA Pusat, dan beberapa orang lain yang datang dari Semenanjung Malaysia. Program bermula dengan Perkelahan di Tanjung Aru. Setelah selesai berkenal-kenalan (Ta’aruf), pertandingan futsal dimulakan. Kekuatan fizikal dan strategi para peserta dicabar dalam permainan futsal tersebut. Permainan futsal berlantaikan pasir-pasir halus pantai Tanjung Aru menjadikan aktiviti tersebut menjadi semakin menarik. Para rijal dari Pembina Sabah bersedia untuk berentap dalam futsal pantai Seterusnya, permainan dalam kumpulan dimulakan. Permainan pertama yang dimainkan ialah ‘Pengaruh’. Permainan ini memerlukan kemahiran mendengar dan kepantasan mencari pasangan. Kemudian, permainan menyusun nombor pula dimulakan. Permainan ini memerlukan para peserta memberi tumpuan yang penuh serta strategi bagi membentuk nombor yang dikehendaki. Para peserta seterusnya berpindah dari pantai Tanjung Aru 2 ke pantai Tanjung Aru 1. Aktiviti yang dijalankan ialah Gusti Air. Sukan Gusti Air ini memerlukan kekuatan fizikal yang tinggi. Tanpa tenaga keupayaan yang tinggi, pasangan gusti air akan terlebih dahulu tewas iaitu tenggelam di dalam air laut. Kelihatan Akh Mukhlis memberi penerangan tentang Gusti Air Bergusti sambil berukhwah. Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu,bertemu untuk mematuhi perintahMu,bersatu memikul beban dakwahmu,hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu,maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya.Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini akan jalannya(yang sebenar).Penuhkan (piala)hati ini dengan cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung malap.Lapangkan hati-hati ini dengan limpahan iman/keyakinan dan keindahan tawakkal kepadaMu.Hidup suburkan hati-hati ini dengan ma'rifat tentang Mu.(Jika Engkau mentakdirkan mati) maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMu.Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah,perkenankanlah permintaan ini...Ameen Bersatu kita teguh,bersama membina kekuatan yang kuat Game Pengaruh. Berobjektifkan 'ice breaking' serta merapatkan ukhwah Game Susun Nombor. Permainan menguji kemahiran mendengar arahan serta menyusun strategi secara kolektif. Setelah makan dan solat Zohor, Konvoi dimulakan. Konvoi bermula dengan lawatan ke beberapa tempat menarik termasuk Dewan Freemason, Muzium Sabah dan Muzium Tamadun Islam. Kemudian, sedikit pengisian ringkas mengenai “Zionisme dan Freemason “ diberikan oleh Ust. Azizie di Tanjung Lipat. Lawatan ke Dewan Freemason Kota Kinabalu.Mungkin ramai yang tidak sedar tentang kewujudan dewan musuh Islam ini di Sabah. Lawatan ini bertujuan menyedarkan para pemuda tentang gerakan musuh Islam yang bekerja secara tersusun dan licik demi menghancurkan umat Islam. Seterusnya, para peserta singgah ke Masjid Badaraya untuk bersolat Asar. Aktiviti seterusnya ialah bergerak ke Tuaran dan bersama-sama merasai kelazatan Air Kelapa bersama Lokan Panggang. Menikmati minuman kelapa yang menyegarkan setelah keletihan berkelah serta konvoi. Selepas Maghrib, para peserta berkunjung ke sebuah restoran yang baru dibuka iaitu Restoran Kayu Manis. Restoran ini diusahakan oleh YDP ISMA Kota Kinabalu. Selain dihidangkan dengan Nasi Arab, peserta berpeluang beramah mesra bersama YDP ISMA Kota Kinabalu iaitu Ust. Sarip Adul. Al-Akh Kabir Dr. Hatta Tarmizi, Pakar Perunding O&G,merangkap Timbalan YDP ISMA SABAH menikmati jamuan di Kayu Manis Cafe milik YDP ISMA SABAH, Al-Fadhil Ustaz Sarip. Banyak kebaikan diperoleh melalui aktiviti ini. Pertamanya, ukhuwwah dikalangan para peserta terpupuk dalam usaha mencapai target tertinggi hubungan sesama Muslim atau kemuncak ukhuwwah iaitu ‘Itsar’. Program ini juga mencapai objektif apabila berjaya membawa ahli PEMBINA bersiar-siar membina Iman bersama pimpinan ISMA Pusat. Seterusnya, program ini juga membuka mata peserta mengenai keunikan budaya dan tempat menarik di Sabah. Dalam mengharungi perjalanan tarbiyah, Segala wasilah yang ada perlu dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Tahniah diucapkan kepada 18 orang peserta yang telah berjaya meluangkan masa dan mengharungi segala cabaran dalam program ini. |
PEMBINA Sabah
Persatuan Belia Islam Nasional Sabah
Thursday, March 17, 2011
PERKELAHAN & KONVOI TARBAWI PEMBINA SABAH BERSAMA USTAZ AZIZIE
Thursday, December 2, 2010
Sampai bila tarbiyyah?
Bagi mereka yang sedang tekun dalam meniti liku-liku tarbiyyah, pasti kadang-kala terdetik di hati mereka akan persoalan ini. Persoalan ini lebih mencabar untuk diberi jawapan pada mereka yang hidup di lokaliti di mana dakwah baru mula bertapak. Lebih parah lagi, ramai yang mungkin kecewa dan putus asa dengan tarbiyyah bila mana dakwah telah lama berlangsung, tetapi terus kekal statik seperti masa ia bermula seketika dahulu. Masih tidak meningkat ke marahil yang lebih signifikan kesannya.
Sebahagian pejuang tarbiyyah pula mungkin cemburu bila melihat negeri seberang telah mula mekar dan kembang kuntuman dakwah mereka. Sudah mula mencatur dan mengagihkan kerusi-kerusi parlimen yang hendak ditandingi. Sudah mula berjuang dan berhadapan dengan taghut pemerintah. Lantas mereka futur dan gugur di tengah jalan lantaran bosan dengan marhalah perjuangan mereka yang tidak berkembang. Juga sebahagian mereka terus radikal, segera terjun ke persada politik. “Ini juga tarbiyyah…”, kata mereka. Fenomena ini bisa kita ketemui di mana-mana bumi dakwah dan tarbiyyah itu cuba diperjuangkan. Maka, sampai bila perlu tarbiyyah?
Sangat penting bagi pendukung tarbiyyah memahami substance tarbiyyah itu sendiri. Apa yang kita nak capai sebenarnya? Tarbiyyah ni sekali-sekala tak boleh ke? Kenapa kena kerap pula? Dan sampai bila perlu tarbiyyah?
Tarbiyyah adalah uslub paling ideal dalam berinteraksi dengan fitrah manusia. Mendidik manusia secara langsung dengan kalimah-kalimah, dan secara tidak langsung dengan qudwah hasanah. Tarbiyyah perlu didasari manhaj dan wasilah yang khas, bagi mengubah manusia ke arah yang lebih baik.
Itu definisi tarbiyyah yang disusun oleh para ulama’ tarbiyyah. Kefahaman akan definisi ini dan apa yang dimaksudkan di sebaliknya, sudah cukup untuk memandu para du’at ke arah medan perjuangan. Tidak timbul lagi setelah itu persoalan masa. Ibaratnya, tarbiyyah itu dulu, kini, dan selamanya.
Dalam kita merangka gerak perjuangan, kita perlu melihat kepada peribadi-peribadi yang mahu bersama saff kita. Bagaimana fikrah mereka? Bagaimana ibadah dan hubungan mereka dengan Rabb dan makhlukNya? Bagaimana akhlak mereka? Bagaimana keyakinan mereka terhadap jalan ini? Semua ini mampu diselesaikan oleh tarbiyyah mustamirrah (konsisten) dan bukan sekadar sebentar sahaja.
Seharusnya tiada istilah graduate dari madrasah tarbiyyah. Hasil dari tarbiyyah berpanjangan ini, lahirlah rijal yang mampu menanggung beban dan masalah ummah. Rijal tersebut masih bernilai manusia, dan masih perlu dirawat hati, akal, dan jasadnya. Maka berterusanlah tarbiyyah itu dalam mendidik jiwa-jiwa ini.
Kembali sejenak melihat sirah Ar-Rasul, bagaimana Baginda merawat hati para sahabat yang tidak sabar-sabar mahu berhadapan dengan puak Kuffar. Sewaktu Islam baru mula bertapak di Mekkah, para sahabat sebahagiannya diseksa dengan sangat dahsyat. Di antara mereka ialah Khabbab bin Aarat, yang cuba dipanggang jasadnya oleh kuffar Quraisy. Lantaran tidak tahan seksaan tersebut, Khabbab merayu pada Rasulullah supaya bertindak menekan kekejaman mereka.
Beliau berkata, “Kami mengeluh di hadapan Rasulullah s.a..w saat beliau sedang bersandar di Ka’bah. Kami berkata kepadanya,”Apakah engkau tidak memohonkan pertolongan bagi kami? Tidakkah engkau berdoa kepada Allah untuk kami?”. Rasulullah s.a.w kemudian bersabda, “Dahulu seorang lelaki ditanam badannya ke dalam bumi lalu gergaji diletakkan di atas kepalanya dan kepalanya dibelah menjadi dua namun hal itu tidak menghalanginya dari agamanya. Dan disisir dengan sisir besi sehingga terkupaslah daging dan kulitnya sehingga tampaklah tulangnya namun hal itu tidak menghalanginya dari agamanya. Demi Allah, urusan ini akan disempurnakanNya sehingga seorang penunggang kuda akan berkelana dari San’aa ke Hadramawt tidak takut apa pun selain Allah atau serigala yang akan menerkam gembalaannya, akan tetapi kalian tergesa-gesa!” (HR Bukhary 3343)
Begitulah sikap Ar-Rasul di permulaan dakwah. Detik mencari kekuatan, membina persediaan. Usaha Baginda fokus, dakwah dan tarbiyyah. Bahkan, usaha ini berterusan meskipun setelah berhijrah ke Madinah, mengangkat senjata, dan membina empayar. Imam Hassan Al-Banna juga tidak lupa mengingatkan kita akan perkara ini. Pesan beliau, janganlah kita ‘memetik buah sebelum ia ranum’. Semoga kita terus tsabat di atas jalan dakwah dan tarbiyyah ini, sehingga ke akhir medan.
Friday, November 12, 2010
Lebih dari 75% Kelahiran Anak di Inggris Terjadi di Luar Nikah
Tiga perempat dari anak-anak di beberapa wilayah Inggris akan lahir dari kaum ibu yang tidak menikah yang berada dalam parlemen mendatang, seperti yang ditunjukkan oleh angka resmi.
Jumlah kelahiran bagi kaum ibu yang tidak memiliki ayah dan pasangan yang tidak menikah melebihi 50% di seluruh negeri itu dalam lima tahun ke depan.
Namun, data Kantor Statistik Nasional (ONS) menunjukkan bahwa kelahiran di luar nikah di beberapa wilayah sudah menjadi suatu norma dan terus meningkat.
Knowsley, Merseyside, salah satu wilayah yang paling minus di Inggris, memiliki proporsi tertinggi dari
anak-anak yang lahir dari ibu yang tidak menikah, dengan angka yang mencapai 75% pada tahun 2014.
anak-anak yang lahir dari ibu yang tidak menikah, dengan angka yang mencapai 75% pada tahun 2014.
Para kritikus percaya bahwa tren ini merupakan bukti lebih lanjut dari kemerosotan nilai-nilai keluarga di bawah Partai Buruh. Hal ini akan memberikan David Cameron suatu masalah sosial yang menekan jika Tories – yang telah berjanji memberikan keringanan pajak untuk pasangan suami-istri yang kurang makmur – menang dalam pemilihan umum.
“Ini sangat mengkhawatirkan,” kata Ann Widdecombe, mantan Menteri Dalam Negeri. “Saya pikir nilai-nilai pernikahan telah merosot, karena masyarakat tidak menghormati janji pernikahan mereka dan karena itu orang lain tidak melihat permasalahan ini.
“Anak-anak jauh lebih baik ketika mereka tumbuh dengan latar belakang kedua orang tua yang sudah menikah dan stabil.”
Ketika Partai Buruh mulai berkuasa pada tahun 1997 dengan proporsi kelahiran di luar nikah adalah 36,7%. Proporsi Hal itu meningkat tajam menjadi 45% pada tahun 2008, dan terakhir sesuai data yang tersedia – kenaikan tahunan hampir menjadi satu angka.
Sekitar 30% anak lahir dari pasangan yang tidak menikah, sementara hingga 15% anak dilahirkan dengan orang tua tunggal.
Wilayah dengan proporsi tertinggi kelahiran di luar nikah adalah wilayah timur laut (57%), diikuti dengan Wales (56%) dan barat laut (52%).
Sebaliknya, London memiliki proporsi terendah atas anak-anak yang lahir dari ibu yang tidak menikah – 36% pada tahun 2008.
Hal ini disebabkan sebagian karena kekayaan yang lebih besar dan populasi imigran yang besar, khususnya masyarakat Asia, di mana tingkat pernikahan mereka tetap tinggi.
“Perkawinan berhubungan erat dengan kelas,” kata Frank Furedi, profesor sosiologi di Universitas Kent. “Menikah adalah sebuah penanda bagi perilaku kelas menengah dan kelas menengah bawah.
“Tapi bagi orang-orang yang secara ekonomis terpinggirkan, perkawinan tidak dilihat sebagai sesuatu yang anda asosiasikan dengan menghadirkan anak ke dunia” . Furedi mengatakan kesenjangan antar wilayah terkait dengan kelas sosial dan kekurangan dan bukan perpecahan antara utara-selatan..
Di Knowsley, proporsi kelahiran di luar nikah melompat dari 60% pada tahun 1997 menjadi 68,5% pada sepuluh tahun kemudian – dan akan mencapai 75% tahun 2014 pada tren saat ini.
Emma Bostock, 23 tahun, telah memisahkan diri dari ayah putrinya yang berusia 18-bulan, Elizabeth, pada saat anaknya itu lahir.
“Kami sudah bersama selama enam bulan ketika saya hamil, tetapi kemudian rencana tidak berjalan baik dan dia melakukan satu hal (menghilang),” kata Bostock, yang bergantung pada orang tuanya sendiri untuk membantu membesarkan putrinya. “Saya tidak tahu apakah itu [lebih buruk di Knowsley] dari tempat lain.”
Wilayah lainnya lebih dekat bagi para kaum ibu yang tidak menikah adalah Hartlepool di Co Durham, yang merupakan mantan konstituen Lord Mandelson, di mana 68,1% dari anak-anak lahir di luar pernikahan, dan
Sedgefield yang dekat dengannya, yang sebelumnya merupakan konstituen dari Tony Blair, dimana angka tersebut meningkat dari 45,8 % pada tahun 1997 menjadi 63,4%.
Sedgefield yang dekat dengannya, yang sebelumnya merupakan konstituen dari Tony Blair, dimana angka tersebut meningkat dari 45,8 % pada tahun 1997 menjadi 63,4%.
Wilayah-wilayah dengan proporsi terendah dari ibu yang menikah termasuk Harrow, London barat (21,5%), St Albans, Hertfordshire (22,9%), dan London Kensington dan Chelsea (23,6%) – semua adalah lokasi yang relatif kaya.
Namun, dengan lebih sedikit pasangan yang bergegas untuk mengikat simpul pernikahan, seorang anak yang lahir dengan orang tua yang belum menikah mungkin, tentu saja, tidak selalu berada pada posisi yang kurang menguntungkan.
Novelis Susan Elderkin, 40 tahun, tinggal bersama pacarnya untuk jangka panjang bernama Ash Ranpura, seorang ahli syaraf berusi 34, dan putra mereka yang berusia 15 bulan, Kirin, di Primrose Hill, London Utara. Elderkin berkata: “Yang paling penting adalah bahwa kita bahagia dan bahwa kita ada untuknya. Sejauh yang saya khawatirkan Itu tidak ada bedanya apakah Anda menikah atau tidak. ”
Kehidupan keluarga menjadi lebih baik – dan ramah
Anak-anak memiliki hubungan yang lebih ramah dan terbuka dengan orang tua mereka sekarang dibanding 15 tahun yang lalu, seperti ditunjukkan sebuah penelitian.
Penelitian juga mengungkapkan bahwa hampir tiga perempat ibu dan lebih dari setengah dari ayah merasa mereka sekarang menghabiskan “jumlah waktu yang tepat” dengan keturunan mereka.
Richard Nicholls, seorang editor ekonomi di Future Foundation, lembaga penelitian yang berada di balik penelitian itu, mengatakan bahwa berkurangnya jam kerja, meningkatnya waktu yang flexible dan inovasi-inovasi seperti smartphone telah membantu meningkatkan kehidupan keluarga mereka.
“Orang tua menghabiskan jumlah waktu yang sama banyak dan seringkali lebih sering dengan anak-anak mereka, dan memiliki hubungan yang lebih terbuka dengan mereka daripada yang mereka dapatkan dengan orangtua mereka sendiri,” kata Nicholls.
Dia menambahkan: “Ada mitos penurunan dalam kehidupan keluarga, tetapi kenyataannya adalah bahwa dalam banyak hal sesuatu menjadi semakin baik.”
Meskipun 83% dari orang percaya bahwa kurang seringnya makan bersama keluarga dibanding yang mereka
lakukan lima tahun lalu, penelitian menunjukkan bahwa 82% dari orang tua dengan anak-anak di bawah 16 tahun selalu atau sebagian besar waktunya berkumpul untuk makan malam bersama.
lakukan lima tahun lalu, penelitian menunjukkan bahwa 82% dari orang tua dengan anak-anak di bawah 16 tahun selalu atau sebagian besar waktunya berkumpul untuk makan malam bersama.
Sumber: Times (18/4/2010) : www.dakwah.info
Friday, November 5, 2010
Chimpanzee dan Stella
Beberapa hari yang lepas aku sempat menonton satu rancangan National Geographic mengisahkan pengorbanan SBeberapa hari yang lepas aku sempat menonton satu rancangan National Geographic mengisahkan pengorbanan Stella bersama rakan-rakannya memelihara habitat Chimpanzee di Sungai Gambia. Dia telah menghabiskan sebahagian besar umurnya untuk memastikan Chimpanzee di Sungai tersebut terus terpelihara dan terus berkembang. Telah berpuluh ekor Chimanzee yang terbiar dalam kandang-kandang peliharaan manusia berjaya diselamatkan dan dihantar ke habitat asalnya. HEBAT dan sangat besar pengorbanan tersebut dari kacamata dan kefahaman mereka. Mungkin bagi mereka itu satu perjuangan suci…satu risalah suci . (http://en.wikipedia.org/wiki/River_Gambia_National_Park)
Melihat kepada kehidupan ramai orang Islam hari ini, pasti jauh sekali perbezaannya. Umat Islam telah diamanahkan dengan risalah yang sangat mulia iaitu memastikan bumi ini ditadbir oleh manusia yang beriman kepada Allah dengan bertunjangkan syariat Allah. Mereka adalah khalifah di atas mukabumi. Sayangnya ramai di kalangan umat ini yang hidupnya seolah-olah tiada peranan. Paling tinggipun peranan mereka sekadar bekerja mencari sara hidup, keluarkan duit dari ATM, beli makanan, pakaian, rumah kereta….bila dah habis bekerja lagi untuk menambah rezki dan begitulah putaran kehidupan mereka hingga bertemu titik terakhir ajal. Mungkin salah kalau disamakan mereka dengan cara berfikir Chimpanzee, tapi rutin hidup binatang itu memang hampir sama pada sesetengah manusia yang hidupnya sekadar bertujuan memuaskan kemahuan dan mencari kenikmatan. Tapi tidak mengapa, Chimpanzee tidak diamanahkan dengan risalah….merekapun tak pandai baca Quran.
Sudah tiba masanya umat Islam ini dikembalikan pada risalahnya. Tanggungjawab setiap yang memiliki iman yang hidup untuk menghabiskan masa menyedarkan umat ini. Kalau Stella mampu berbuat demikian untuk menyelamatkan makhuk yang berbeza spesis darinya, kenapa kita tak mampu berbuat demikian untuk menyelamatkan mereka yang sama spesis dan seagama dengan kita. Siapa yang akan menyelamatkan remaja yang makin jatuh moral mereka, belia yang rosak hidup mereka, rumahtangga yang hilang peranan dan masyarakat yang mula hilang pedoman.
Sudah tiba masanya umat Islam ini dikembalikan pada risalahnya. Tanggungjawab setiap yang memiliki iman yang hidup untuk menghabiskan masa menyedarkan umat ini. Kalau Stella mampu berbuat demikian untuk menyelamatkan makhuk yang berbeza spesis darinya, kenapa kita tak mampu berbuat demikian untuk menyelamatkan mereka yang sama spesis dan seagama dengan kita. Siapa yang akan menyelamatkan remaja yang makin jatuh moral mereka, belia yang rosak hidup mereka, rumahtangga yang hilang peranan dan masyarakat yang mula hilang pedoman.
Stella hebat dengan caranya, di mana pula hebatnya kita?tella bersama rakan-rakannya memelihara habitat Chimpanzee di Sungai Gambia. Dia telah menghabiskan sebahagian besar umurnya untuk memastikan Chimpanzee di Sungai tersebut terus terpelihara dan terus berkembang. Telah berpuluh ekor Chimanzee yang terbiar dalam kandang-kandang peliharaan manusia berjaya diselamatkan dan dihantar ke habitat asalnya. HEBAT dan sangat besar pengorbanan tersebut dari kacamata dan kefahaman mereka. Mungkin bagi mereka itu satu perjuangan suci…satu risalah suci . (http://en.wikipedia.org/wiki/River_Gambia_National_Park)
Melihat kepada kehidupan ramai orang Islam hari ini, pasti jauh sekali perbezaannya. Umat Islam telah diamanahkan dengan risalah yang sangat mulia iaitu memastikan bumi ini ditadbir oleh manusia yang beriman kepada Allah dengan bertunjangkan syariat Allah. Mereka adalah khalifah di atas mukabumi. Sayangnya ramai di kalangan umat ini yang hidupnya seolah-olah tiada peranan. Paling tinggipun peranan mereka sekadar bekerja mencari sara hidup, keluarkan duit dari ATM, beli makanan, pakaian, rumah kereta….bila dah habis bekerja lagi untuk menambah rezki dan begitulah putaran kehidupan mereka hingga bertemu titik terakhir ajal. Mungkin salah kalau disamakan mereka dengan cara berfikir Chimpanzee, tapi rutin hidup binatang itu memang hampir sama pada sesetengah manusia yang hidupnya sekadar bertujuan memuaskan kemahuan dan mencari kenikmatan. Tapi tidak mengapa, Chimpanzee tidak diamanahkan dengan risalah….merekapun tak pandai baca Quran.
Sudah tiba masanya umat Islam ini dikembalikan pada risalahnya. Tanggungjawab setiap yang memiliki iman yang hidup untuk menghabiskan masa menyedarkan umat ini. Kalau Stella mampu berbuat demikian untuk menyelamatkan makhuk yang berbeza spesis darinya, kenapa kita tak mampu berbuat demikian untuk menyelamatkan mereka yang sama spesis dan seagama dengan kita. Siapa yang akan menyelamatkan remaja yang makin jatuh moral mereka, belia yang rosak hidup mereka, rumahtangga yang hilang peranan dan masyarakat yang mula hilang pedoman.
Stella hebat dengan caranya, di mana pula hebatnya kita?
Sudah tiba masanya umat Islam ini dikembalikan pada risalahnya. Tanggungjawab setiap yang memiliki iman yang hidup untuk menghabiskan masa menyedarkan umat ini. Kalau Stella mampu berbuat demikian untuk menyelamatkan makhuk yang berbeza spesis darinya, kenapa kita tak mampu berbuat demikian untuk menyelamatkan mereka yang sama spesis dan seagama dengan kita. Siapa yang akan menyelamatkan remaja yang makin jatuh moral mereka, belia yang rosak hidup mereka, rumahtangga yang hilang peranan dan masyarakat yang mula hilang pedoman.
Stella hebat dengan caranya, di mana pula hebatnya kita?
Thursday, September 23, 2010
Rumah Terbuka Aidilfitri ISMA dan PEMBINA Sabah
Tarikh : 25/9/10 (Sabtu)
Tempat : Madrasah Al-Hadanah Islamiah, Sembulan
Masa : 10.00 pagi-4.00 petang
Semua dijemput hadir
Subscribe to:
Posts (Atom)


